suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas rentung dalam kebakaran di Jasin

MELAKA: Seorang lelaki warga emas rentung dalam satu kebakaran di sebuah rumah kayu di Batu 10, Pekan Sungai Rambai, Jasin di sini malam semalam.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Bukit Katil Baharum Mohd Hashim berkata mayat Mohd Jaafar, 79, ditemui di dapur rumahnya dan dipercayai terperangkap ketika kebakaran.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.12 malam dan sebuah jentera bomba dari Merlimau tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian.

"Api kebakaran dapat dikawal selepas lima minit dan anggota bomba menemui (mayat) mangsa yang tinggal seorang diri ketika kejadian," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain