suria

14 pelajar ambil pil khayal ditahan

PULAU PINANG: Polis menahan 14 pelajar termasuk tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Penanti, dekat sini Khamis lepas kerana disyaki menjual dan menggunakan pil khayal.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub berkata kesemua mereka yang berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan di sekolah berkenaan pada kira-kira pukul 4 petang.

"Kesemua mereka mengaku mengambil pil khayal itu yang dibeli di farmasi di sekitar kawasan berkenaan. Kami sudah memaklumkan hal berkenaan kepada keluarga pelajar terbabit dan Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Konstabel Sukarelawan siri 1/2008 di sini, hari ini, Ayub berkata dalam serbuan hasil maklumat orang ramai itu, polis turut merampas dua pil jenis dextromethorpan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pil berkenaan diperoleh daripada seorang pelajar yang menjual purata 40 biji pil setiap hari kepada rakan-rakannya di sekolah itu dengan harga RM1 sebiji sejak dua bulan lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain