suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 ahli perniagaan dibebas dengan jaminan RM10,000

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan dua ahli perniagaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lepas berhubung dakwaan menerima wang suapan RM600,000 berkaitan sebidang tanah. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, kedua-dua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau berikutan perintah tahanan reman yang diberikan selama tiga hari sebelum ini, tamat hari ini.

Kedua-dua lelaki warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 50an itu ditahan SPRM ekoran satu laporan yang dibuat terhadap mereka dua minggu lalu.

"Mereka tiba di mahkamah kira-kira 10.50 pagi tadi dan telah dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Said berkata siasatan berhubung dakwaan itu sedang giat dijalankan dan jika didapati ada kes membabitkan kedua-dua lelaki itu, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima wang suapan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain