suria

Nizar tinggalkan kediaman rasmi Menteri Besar

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, isteri serta tujuh anaknya mula mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Di-Hilir di sini mulai pukul 11:45 pagi tadi.

Difahamkan, beliau akan tinggal di kediamannya sendiri di bandar Ipoh.

Ketika bercakap kepada pemberita di luar kediamannya, Nizar berkata, beliau dan kesemua Exco Pakatan akan menjalankan tugas mereka dari pejabat Pakatan Rakyat Negeri.

Jelas beliau, sebaik proses pemindahan berakhir, kunci kediaman rasmi terbabit akan diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Jumaat ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain