Luangkan masa sekurang-kurangnya dua minit untuk memberus seluruh permukaan gigi dengan teliti. -Gambar hiasan AI
RUTIN memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam menggunakan ubat gigi berfluoridayang diamalkan sejak kecil sudah mencukupi untuk menjaga kesihatan mulut. Bagaimanapun kebiasaannya kita akan berkumur beberapa kali dengan air sehingga mulut terasa benar-benar bersih dan hilang rasa 'pedas' selepas memberus gigi.Amalan ini dilihat normal, tetapi hakikatnya ia kurang tepat daripada sudut penjagaan kesihatan gigi.Menurut pakar pergigian, fungsi utama ubat gigi adalah untuk membekalkan lapisan perlindungan yang mengandungi fluorida pada permukaan gigi.Bahan ini memainkan peranan penting dalam menguatkan enamel, membaiki kerosakan awal serta membantu melindungi gigi daripada asid yang boleh menyebabkan kaviti.Namun, fluorida memerlukan masa untuk bertindak secara optimum, sekurang-kurangnya sekitar 30 minit selepas memberus gigi.Apabila seseorang terus berkumur berulang kali dengan air, lapisan fluorida tersebut akan hilang sebelum sempat memberikan kesan perlindungan sepenuhnya.Sehubungan itu, kaedah yang disarankan adalah dengan hanya meludah lebihan buih ubat gigi tanpa berkumur menggunakan air.Seperti yang dikongsikan di Public Health Malaysia, cara ini dikenali sebagai 'spit, don’t rinse' (ludah, jangan kumur).Selepas memberus gigi selama kira-kira dua minit, individu hanya perlu meludah sisa buih kemudian membersihkan bahagian bibir atau mulut dengan tisu atau tuala.Elakkan berkumur supaya sisa fluorida yang masih nipis pada gigi dapat terus bertindak.Walaupun pada awalnya mungkin terasa kurang selesa atau sedikit pedih, keadaan itu akan beransur hilang apabila sudah menjadi kebiasaan.Perubahan kecil ini berpotensi membantu mengurangkan masalah gigi sensitif serta risiko gigi berlubang, khususnya mereka yang sudah mengamalkan rutin memberus gigi dua kali sehari tetapi masih berdepan masalah tersebut.