Amalan pergi beraya ke rumah saudara-mara walaupun meriah dan dituntut, boleh menjadi memenatkan. -Gambar hiasan AI
KETIKA kita masih dalam suasana merayakan Aidilfitri, acara rumah terbuka atau open house menjadi antara momen paling ditunggu-tunggu.Namun dalam suasana meriah itu, ramai berdepan cabaran untuk pulang awal tanpa perlu bersembang panjang atau menjawab pelbagai soalan. Lebih mencabar apabila keluarga besar berkumpul kerana sesi bersalaman dan pelbagai soalan peribadi atau 'sensitif' boleh mengambil masa lama hingga memenatkan.Situasi inilah yang mendorong seorang pensyarah, Paeh Brian, berkongsi satu kaedah ringkas yang boleh diamalkan untuk pulang dengan lebih lancar, dikenali sebagai Irish Goodbye.The Phantom PrepPersediaan awal sangat penting dengan memastikan kunci kereta, telefon dan dompet sentiasa berada dalam poket atau beg.Elakkan meletakkan barang-barang ini di tempat berbeza kerana ia boleh melambatkan pergerakan ketika mahu pulang.Selain itu, parkir kereta di lokasi yang mudah untuk keluar tanpa halangan.The DecoyPemilihan masa yang tepat untuk berangkat pulang memainkan peranan penting.Tunggu ketika semua orang sedang leka seperti waktu mengambil makanan, bergambar atau menonton televisyen.Pada waktu ini, kehadiran atau ketiadaan anda kurang disedari.The TargetJangan terus pulang tanpa memaklumkan kepada sesiapa yang berada dalam majlis berkenaan.Cari tuan rumah dan beritahu secara ringkas bahawa anda perlu pulang dengan memberi alasan seperti ada urusan atau kurang sihat.Cukup sekadar bersalaman dengan tuan rumah sahaja.The ExecutionSelepas itu, terus bergerak ke pintu dan menuju ke kereta.Hidupkan enjin dan elakkan bertentang mata dengan tetamu lain bagi mengelakkan ditahan.Jika ada yang bertanya kemudian melalui mesej, berikan sahaja alasan yang munasabah tentang kepulangan tanpa makluman awal.