SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri memang sinonim dengan kemeriahan pelbagai juadah tradisional yang menjadi kegemaran ramai.Dalam suasana penuh keceriaan itu, ramai yang cenderung menikmati makanan secara tidak terkawal sehingga pengambilan kalori harian meningkat tanpa disedari. Hidangan seperti ketupat, lemang, rendang dan aneka kuih raya sememangnya enak namun kebanyakannya tinggi kalori, lemak dan gula jika diambil secara berlebihan.Lebihan tenaga daripada makanan ini akan disimpan sebagai lemak jika tidak digunakan melalui aktiviti fizikal. Gaya hidup yang lebih santai sepanjang musim perayaan turut memainkan peranan apabila aktiviti fizikal berkurang dan kadar metabolisme menjadi lebih perlahan. Pengambilan karbohidrat yang tinggi pula boleh meningkatkan paras insulin, menjadikan badan lebih cenderung menyimpan lemak serta sukar untuk membakarnya.Dalam usaha menggalakkan masyarakat kembali aktif, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terus memainkan peranan untuk memupuk budaya lebih sihat.Menurut PERKESO, kesejahteraan rakyat bermula dengan tubuh badan yang sihat dan produktif.Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai PERKESO Run & Ride 2026 sebagai langkah mudah untuk kembali aktif selepas musim perayaan.Acara tahunan ini akan berlangsung pada 17 Mei 2026 di Dataran Wawasan, Putrajaya, dengan kategori larian 3km, 6km dan 12km, serta kayuhan 35km.Peserta juga boleh mengambil peluang menyertai secara berkumpulan menerusi tawaran "Daftar 10, Percuma 1".Lebih menarik, selain beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan, peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk hadiah utama berupa sebuah kereta.Orang ramai yang berminat boleh mendaftar di runandride.perkeso.gov.my dan jadikan ini antara langkah kecil untuk kembali kepada gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.