suria

Polis lawat Malay Mail berhubung foto bogel Elizabeth

KUALA LUMPUR: Polis melawat pejabat Malay Mail di sini semalam dalam usaha mengesan orang yang dikatakan menyerahkan salinan CD mengandungi gambar bogel anggota exco negeri Selangor, juga Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata proses itu termasuk melihat dan mengambil rekoding CCTV, menemuramah tujuh orang kakitangan yang mengendali pejabat, dan juga juruteknik.

Dalam kenyataannya semalam beliau berkata pasukan penyiasat kes itu seramai 10 orang termasuk pegawai forensik.

Kelmarin, polis mengambil kenyataan dua pemberita Malay Mail di ibu pejabat polis Petaling Jaya.

Kontroversi tercetus bila gambar bogel Wong dipaparkan di Internet, hingga mendorong beliau menawar meletak kedua-dua jawatannya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain