suria

Najib: Buktikan jika BN terlibat kes foto bogel Elizabeth

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar pihak pembangkang supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penyebaran gambar bogel Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Elizabeth Wong baru-baru ini.

Sambil menegaskan BN tidak terlibat sama sekali dalam insiden itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata pembangkang sewajarnya tidak menuduh sembarangan jika tidak mempunyai bukti.

"Tuduh apa... bukti siapa yang buat, saya tidak tahu menahu tentang hal ini tiba-tiba meletus dalam surat khabar.

"Kalau hendak menuduh kena keluarkan bukti, jangan cakap macam itu sahaja, jangan tuduh sewenangwenangnya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet untuk Meliberalisasi Sektor Perkhidmatan di bangunan Parlimen, di sini semalam.

Sebelum ini beberapa anggota PKR, termasuk Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa BN menjadi dalang dalam penyebaran gambar anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu.

Ekoran penyebaran gambar itu, Wong, 37, menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Selangor serta Adun Bukit Lanjan.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain