Kucing tanpa bulu curi tumpuan di Kuching - Semasa | mStar

Kucing tanpa bulu curi tumpuan di Kuching

BAKA kucing unik dengan penampilan mengagumkan Sphynx yang tidak berbulu dengan telinga besar dan mata bundar mencuri tumpuan peminat haiwan peliharaan pada Pameran Kucing Bandaraya Kuching 2008. - fotoBERNAMA
BAKA kucing unik dengan penampilan mengagumkan Sphynx yang tidak berbulu dengan telinga besar dan mata bundar mencuri tumpuan peminat haiwan peliharaan pada Pameran Kucing Bandaraya Kuching 2008. - fotoBERNAMA

KUCHING: Baka kucing unik dengan penampilan mengagumkan Sphynx yang tidak berbulu dengan telinga besar dan mata bundar mencuri tumpuan peminat haiwan peliharaan pada Pameran Kucing Bandaraya Kuching 2008 yang diadakan di sini.

Ratusan peminat kucing yang mengunjungi Dewan Suarah Kuching terpegun dengan penampilan kucing betina baka Sphynx berusia 14 bulan berkulit putih kemerahan, Solyaris Elis of Zenithi.

Kucing betina itu kelihatan begitu cerdik dan menarik perhatian dengan aksi tersendiri apabila para jurugambar mula mengambil gambar haiwan unik.

Pemiliknya, Rachaphol Pongpairoj, dari Bangkok, berkata beliau membeli kucing Sphynx, yang begitu aktif dan suka bermain itu enam bulan lepas di Rusia.

"Selain wajahnya yang comel dan cerdik, kulit Solyaris Elis of Zenithi yang lembut dan menghangatkan menarik perhatian saya. "Walaupun kucing ini memerlukan tumpuan istimewa kerana kekurangan bulu, haiwan kesayangan ini menjadi teman dan penghibur," katanya kepada Bernama selepas pelancaran pameran kucing oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng di sini.

Sejumlah 102 ekor kucing, termasuk 46 kucing baka terkenal dipamer dalam pameran anjuaran Kelab Kucing Sarawak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain