suria

TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA: SEPINTAS

JALAN di kawasan Bukit Antarabangsa rekah dalam tragedi tanah runtuh awal pagi ini. - foto The Star oleh CHAN TAK KONG
JALAN di kawasan Bukit Antarabangsa rekah dalam tragedi tanah runtuh awal pagi ini. - foto The Star oleh CHAN TAK KONG
JALAN di kawasan Bukit Antarabangsa rekah dalam tragedi tanah runtuh awal pagi ini. - foto The Star oleh CHAN TAK KONG

BERIKUT maklumat sepintas lalu mengenai perkembangan kejadian tanah runtuh di kawasan Bukti Antarabangsa - lokasi tanah runtuh terbaru.

- Waktu tragedi kira-kira 4 pagi.

- 14 banglo di Taman Bukit Mewah serta Bukit Utama tertimbus.

- Kawasan runtuhan meliputi empat hektar dengan lingkungan satu kilometer meliputi kawasan sekitarnya.

- Tragedi berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi tragedi Highland Tower.

- Kejadian tanah runtuh ketiga sejak 30 November lalu (dalam tempoh seminggu).

- 4 mayat telah ditemui setakat 7.45 malam. Mangsa terkorban: Shaiful Khas Datuk Shaharudin, 20; N. Yogeswari, 40, dan Eng Lee Peng, 30, serta Surina, 30, (wanita Indinesia).

- Shaiful Khas (penghuni rumah No.17), Yogeswari (rumah No. 1), Eng Lee Peng (rumah No, 16, dan Surina (rumah No. 15).

- Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selama 24 jam tanpa henti walaupun hujan.

- Tanah runtuh dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah.

- 93 mangsa kejadian tanah runtuh berjaya menyelamatkan diri.

- 2,000 penduduk diarah berpindah ke pusat penempatan sementara di Pejabat Penghulu Hulu Klang, Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang dan surau Bukit Antarabangsa.

- Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) merawat 14 pesakit. Kesemua mereka telah dibenarkan pulang.

- Dua daripada 14 mangsa dirawat terdiri daripada dua pembantu rumah Indonesia.

- Kesemua pesakit yang diterima HKL terdiri daripada lapan lelaki dan enam perempuan, yang berumur tiga bulan hingga 77 tahun.

- Laluan utama ke beberapa taman di kawasan Bukit Antarabangsa terputus ekoran tanah runtuh. Beratus terkandas.

- Kira-kira 1,500 rumah di sembilan kawasan terputus bekalan elektrik buat sementara waktu apabila 12 pencawang elektrik terjejas ekoran kejadian tanah runtuh. Rumah yang terjejas terletak di Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Utama, Jalan Puncak Bukit Utama, Southern Heights, Kyoto Garden, Oakland Condo Bukit Jaya, Casa De Sol Condo dan Jalan Bukit Utama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain