suria

Pelajar UiTM mangsa kemalangan di New Zealand trauma

SITI Aisyah Mohd Razi yang terselamat dalam kemalangan di New Zealand disambut anggota keluarga dan rakan-rakannya setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL hari ini.-fotoBERNAMA

SEPANG: Siti Aishah Mohd Razi, 21, yang terselamat dalam kemalangan melibatkan penuntut dan pensyarah dari Malaysia di New Zealand, 3 Disember lepas terlalu trauma untuk berkatakata sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Penuntut jurusan penyiaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dilihat hanya bercakap dengan anggota keluarga terdekat dan enggan ditemu bual oleh media.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Prof Madya Adnan Hashim berkata, ini merupakan kali pertama musibah menimpa lawatan yang dianjurkan universiti berkenaan.

Katanya, walaupun pihak universiti berasa amat sedih dengan kejadian tersebut, namun mereka tetap berasa lega kerana ia tidak mengorbankan banyak nyawa.

"Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini dalam mana-mana lawatan sambil belajar ke luar negara yang kami anjurkan," katanya dalam sidang media di KLIA.

Kemalangan yang berlaku pada pukul 8.45 malam waktu tempatan (3.45 petang waktu Malaysia) di Tirau itu mengorbankan Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Shafiee Ahmad, 51, yang juga ketua rombongan dan seorang penuntut, Mariam Sakinah Ahmad, 19.

Ketika kejadian, rombongan berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari melawat Rotorua yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya.

Menurut Adnan, jenazah kedua-dua mangsa disembahyangkan di Rotorua dengan bantuan para pelajar Islam di sana dan dijangka tiba dengan pesawat Mas Kargo kira-kira pukul 1 petang esok.

"Jenazah Allahyarham Shafiee akan dibawa terus ke kediamannya di Shah Alam manakala jenazah Mariam akan dibawa pulang ke Sarawak," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain