suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TRAGEDI TANAH RUNTUH: PERKEMBANGAN HARI INI

[DIKEMAS KINI, 7.45 petang] PERKEMBANGAN di lokasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa hari ini (Ahad, 7 Disember 2008):

- 7.30 petang: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.

- 7.10 petang: Kenderaan pertama keluar ialah Mercedes Benz E240 - melalui jambatan jenis DR90 sepanjang 26 meter, yang mampu menampung muatan seberat 70 tan. Ia dibina oleh Kor Jurutera Tentera Darat yang berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan.

- 6.45 petang: Penduduk yang terkandas di Taman Bukit Mewah boleh membawa keluar kenderaan menerusi jambatan sementara siap dibina pihak tentera. Penduduk berkenderaan bersiap sedia untuk membawa keluar kenderaan masing-masing.

- 5.30 petang: Polis mengesakan lagi tiada mangsa dikesan berada bawah timbunan tanah runtuh.

- 4 petang: Tentera sedang memulakan kerja-kerja membina jambatan di longkang besar berhampiran Apatmen Riverdale menggunakan jentera dan kelengkapan khas tentera.

- 3 petang: Operasi diteruskan untuk mengesan mangsa yang masih terperangkap.

- 1 tengah hari: TNB masih belum dapat memulihkan semula bekalan elektrik ekoran kerja-kerja membersihkan runtuhan tanah berjalan dengan perlahan berikutan hujan dan pergerakan tanah. Talian khas TNB 15454.

- 1 tengah hari: Bomba mengumumkan satu lagi masih berada dalam timbunan tanah runtuh.

- 1 tengah hari: Angkatan Tentera Malaysia sedang berusaha untuk mencari laluan alternatif baru bagi memudahkan penduduk dari taman perumahan dan kawasan pangsapuri berhampiran kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa untuk berpindah.

- 11.00: Polis mengesahkan tiada lagi mangsa terperangkap atau tertimbus.

- 9.30 pagi: Operasi disambung semula.

- 9 pagi: Sidang media Ketua Polis Selangor mengesahkan operasi terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

- 6 pagi: Masih ada 20 penghuni yang enggan mengosongkan kediaman mereka.

- 6 pagi: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan ekoran gerakan tanah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain