suria

Bebas Raja Petra beri harapan baru - Majlis Peguam

RAJA Petra Kamaruddin menerima sorakan daripada penyokongnya ketika beredar dari kamar Mahkamah Tinggi semalam selepas mahkamah membebaskannya daripada penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Turut kelihatan isterinya Mable @ Marina Lee (tengah, belakang). - fotoBERNAMA
RAJA Petra Kamaruddin menerima sorakan daripada penyokongnya ketika beredar dari kamar Mahkamah Tinggi semalam selepas mahkamah membebaskannya daripada penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Turut kelihatan isterinya Mable @ Marina Lee (tengah, belakang). - fotoBERNAMA
RAJA Petra Kamaruddin menerima sorakan daripada penyokongnya ketika beredar dari kamar Mahkamah Tinggi semalam selepas mahkamah membebaskannya daripada penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Turut kelihatan isterinya Mable @ Marina Lee (tengah, belakang). - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenavesan menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penulis blog Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ambiga berkata, keputusan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog Malaysia Today itu, adalah tepat pada masanya.

"Pada masa keyakinan masyarakat terhadap kebebasan badan kehakiman menurun dari satu krisis kepada satu krisis yang lain dan pada masa perubahan dalam bidang kehakiman seperti yang dijanjikan masih belum berlaku, keputusan oleh hakim berkenaan memberi kita harapan bahawa badan kehakiman kita telah dan akan bertindak secara berani, berintegriti dan bebas, apabila kebebasan seseorang individu diancam dengan penyelewengan kuasa sewenangwenangnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Raja Petra berkata, beliau terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membebaskannya dari penahanan mengikut ISA.

Beliau berkata, kebiasaannya tidak ramai yang berjaya dalam permohonan untuk mencabar penahanan di bawah Seksyen 8 ISA. "Saya terkejut (dengan keputusan mahkamah) kerana di bawah Seksyen 8 (ISA) tidak ramai orang yang mencabar penahanan di bawah ISA berjaya.

"Justeru, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Ianya 5050," katanya yang ditemui pemberita selepas Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad mengeluarkan perintah pembebasannya pada pukul 3.20 petang ini.

Ditanya mengenai perasaannya selepas dibebaskan, Raja Petra yang dikerumuni penyokongnya berkata: "Saya terlalu letih."

Ketika ditanya apakah pengajaran yang diperolehi berdasarkan pengalaman beliau itu, Raja Petra berkata keputusan mahkamah menunjukkan dengan jelas bahawa ISA tidak boleh digunakan untuk kepentingan politik.

"Saya rasa kita perlu menentang habishabisan untuk menghapuskan ISA, itu satu perkara lain. Saya bukan pengganas, saya juga bukan orang yang berbahaya, saya hanya seorang penulis," katanya.

Raja Petra yang diiringi isterinya, Mable @ Marina Lee kemudian meninggalkan pekarangan mahkamah dengan menaiki kereta jenis Rolls Royce bernombor pendaftaran WNT 71.

Terdahulu, Raja Petra yang memakai kemejat berwarna coklat dan berseluar jeans biru tiba di mahkamah pada pukul 3.15 petang, diiringi lima pegawai dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting, Perak, dengan menaiki van berwarna putih.

Beliau dibebaskan dari pusat tahanan itu pada pukul 11.30 pagi tadi.

Ketibaan Raja Petra disambut oleh isteri dan dua anaknya perempuan mereka, Suraya, 34, dan Sarah, 19, serta kirakira 100 penyokongnya yang memakai kemejat bertulis "I'm With RPK" yang melaungkan "RPK".

Ada antara mereka yang turut membawa kain rentang bertulis "We want our rights. No to ISA" dan "Bebaskan RPK. Hapuskan ISA."

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Raja Petra yang memeluk erat isterinya. Kirakira 50 jurugambar dari media tempatan dan asing berebutrebut untuk merakamkan gambar penulis blog itu yang tersenyum sambil menunjukkan isyarat bagus menggunakan ibu jarinya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain