suria

Bekas Ketua Menteri Sabah kembali terajui Umno Kota Belud

KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri, Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak kembali menerajui Umno bahagian Kota Belud selepas mengetepikan penyandang Datuk Musbah Jamli yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tempasuk dengan majoriti 47 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Salleh yang juga presiden Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO) dan bekas ketua bahagian itu memperoleh 341 undi manakala Musbah pula 294 undi.

Keputusan rasmi pemilihan peringkat bahagian itu yang hanya diumumkan lewat tengah malam tadi turut menyaksikan Awadnir Matanggal menang tanpa bertanding untuk jawatan timbalan ketua bahagian.

Umno bahagian Kota Belud turut mencalonkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden Umno dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai timbalan presiden Umno.

Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Datuk Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk jawatan naib presiden Umno. BERNAMA

Artikel Lain