suria

53 pencalonan Khir Toyo dahului Khairy

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menjadi calon terakhir melayakkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia berjaya memintas kedudukan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan kelebihan tiga pencalonan.

Hingga semalam, Dr. Khir memperoleh empat lagi pencalonan baru iaitu dari bahagian Puchong, Teluk Kemang, Kulim Bandar Bharu dan Labun menjadikan jumlahnya hingga kini 53 pencalonan berbanding Khairi yang mendapat 50 pencalonan.

Dr. Khir kini berada pada kedudukan kedua di belakang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang mendapat 68 pencalonan.

Sebanyak 171 daripada 191 pergerakan Pemuda bahagian telah mengadakan persidangan masing sejak 9 Oktober lalu.

Bagi jawatan Ketua Pemuda, calon memerlukan sebanyak 39 pencalonan iaitu memenuhi kuota 20 peratus bagi melayakkan diri untuk bertanding.

Bagaimanapun seoarang lagi calon yang menawarkan diri sebelum ini iaitu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah menarik diri pada 23 Oktober lepas selepas hanya menerima satu pencalonan daripada Pemuda bahagian Padang Besar.

Perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas jawatan itu dikosongkan penyandangnya kini, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain