suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usul bahas guna pelbagai bahasa di papan tanda ditolak

KUALA LUMPUR: Usul bagi membahaskan mengenai isu penggunaan pelbagai bahasa di papan tanda jalan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dtolak Dewan Rakyat hari ini.

Alasan penolakan usul yang dikemukakan oleh Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) itu disebabkan ia tidak perlu disegerakan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan penolakan tersebut sebelum bermulanya sesi Perbahasan Rang Undang-undang perbekalan 2009, di Parlimen di sini, hari ini.

"Sesuatu usul itu perlu memenuhi tiga keperluan iaitu usul yang tertentu, kepentigan orang ramai dan perlu disegerakan.

"Namun saya tidak nampak keperluan ketiga memenuhi usul ini kerana ia tidak perlu disegerakan," katanya.

Artikel Lain