suria

Lelaki dituduh bunuh bekas tunang

TAPAH: Seorang penganggur berusia 23 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bekas tunangnya pada 6 Ogos lepas.

Zainal Ibrahim dari Chuicak, Langkap, kirakira 20 kilometer dari sini, didakwa membunuh Siti Suhana Abdul Wahab, 27, antara 1 tengah hari dan 3.30 petang di kawasan lombong tinggal Orang Asli, Sungai Groyang, Tapah Road dekat sini.

Majistret Mohd Fairuz Ismail menetapkan 3 November ini untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan mahkamah memperoleh keputusan DNA dan laporan lengkap bedah siasat.

Sehingga kes itu disebut semula, Mohd Fairuz memerintahkan Zainal ditahan di Penjara Tapah.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Zuraidah Anual manakala Zainal tidak diwakili peguam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain