suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

5 ditahan bantu siasatan kes bunuh isteri bekas ADUN

PULAU PINANG: Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan isteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tambun kelmarin.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, lima lelaki berusia antara 25 dan 35 tahun itu di tahan di sekitar negeri ini secara berperingkat sejak semalam.

"Kesemua mereka ditahan secara berperingkat di beberapa tempat di negeri ini sejak semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian pembunuhan yang bermotifkan samun itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Selasa lepas, Thor Joo Lee, 44, yang baru pulang dari stesen minyak miliknya di Simpang Ampat diekori sebelum disamun empat lelaki di pekarangan rumahnya di Taman Bukit Tambun Indah, Bukit Tambun dekat sini pada kira-kira pukul 11.40 malam.

Mangsa yang ditikam beberapa kali di dada dan perut meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Loh Guan Lye di sini pada pukul 12.15 pagi dan siasatan awal mendapati beg berisi duit kira-kira RM14,000 hasil kutipan stesen minyak yang dibawa mangsa turut hilang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain