SITI Fatimah Yacob ketika keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu hari ini. Dia dipercayai telah menggunakan sijil kematian suami pertamanya untuk berkahwin dengan suami ketiga Muhamad Abdullah @ Mihandher Singh pada 28 Mac lalu walaupun masih bersuamikan Wan Yusof Long, dari Kampung Sekati, Manir.- fotoBERNAMA
SITI Fatimah Yacob ketika keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu hari ini. Dia dipercayai telah menggunakan sijil kematian suami pertamanya untuk berkahwin dengan suami ketiga Muhamad Abdullah @ Mihandher Singh pada 28 Mac lalu walaupun masih bersuamikan Wan Yusof Long, dari Kampung Sekati, Manir.- fotoBERNAMA KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 23 Okt bagi mendengar keputusan permohonan seorang nenek mendapatkan pengesahan sijil perkahwinan keduanya yang dikeluarkan di selatan Thailand.Hakim Shaikh Ahmad Ismail menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar keterangan saksi kedua Majid Kadir, 62, yang hadir semasa pernikahan responden, Siti Fatimah Yacob, 47, dengan Wan Yusof Long, 63, dari Kampung Sekati, Manir, di sini yang dijalankan di Besut pada 19 September 2005 dan diberi sijil pernikahan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Hakim turut mengarahkan peguam yang mewakili responden, Anuwar Mohd supaya bersedia menfailkan penghujahan bertulis mengandungi keterangan saksi dan responden kepada mahkamah sebelum 19 Okt bagi membolehkan penghakiman dilakukan.Sebelum itu, ketika menjawab soalan Anuwar, Majid berkata, dia tidak mengetahui tentang status diri Siti Fatimah sama ada masih anak dara atau ibu tunggal sebelum pernikahan itu diadakan.Katanya, dia juga tidak pasti sama ada pasangan terbabit ada menandatangani surat nikah di hadapan wali hakim itu atau tidak kerana keadaan rumah tempat pasangan itu dinikahkan hanya diterangi oleh cahaya pelita kerana masih belum mendapat bekalan elektrik.Siti Fatimah yang berasal dari Bukit Payong, Marang, berkahwin kali kedua selepas suaminya meninggal dunia.Sementara menunggu pengesahan perkahwinannya dengan suami kedua dikeluarkan majlis agama Islam negara jiran, beliau berkahwin sekali lagi dengan lelaki lain menyebabkan suami keduanya membuat laporan polis.Dia dipercayai menggunakan sijil kematian suami pertamanya untuk berkahwin dengan suami ketiga Muhamad Abdullah @ Mihandher Singh pada 28 Mac lalu. BERNAMA