Rezeki berangan di bulan puasa - Rencana | mStar

Rezeki berangan di bulan puasa

KUALA PILAH: Aroma buah berangan atau chestnust ketika digoreng pasti menusuk hidung sesiapa yang berada berhampiran gerai Ajo Kuala Pilah.

Gerai kecil diusahakan Razali Samat ini berada di tepi Jalan Kuala Pilah - Bahau berhampiran Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah dan di Bandar Baru Serting.

Bermula dari kosong dan tiada pengalaman dalam bidang perniagaan, tidak menghalang dirinya memilih menjual buah berangan sebagai sumber pendapatan.

Razali, 58, yang juga pesara polis, secara kecil-kecilan menjual buah berangan sejak tujuh tahun lalu.

“Demi sara keluarga, pakcik cuba cari perniagaan yang boleh jana pendapatan.

“Ternyata buah berangan diimport dari China dan perlu diambil di Kuala Lumpur setiap minggu adalah pilihan tepat untuk pakcik teruskan perniagaan ini.

“Pakcik mula berniaga buah ini atas dorongan rakan-rakan dan secara kebetulan daerah ini belum ada yang jual buah berangan. Jadi, pakcik pilih perniagaan ini sebagai punca rezeki,” katanya.

Buah berangan mentah sedang digoreng di dalam pasir kasar sebelum dimasak dan dijual kepada pelanggan.

Setiap buah berangan adalah berbeza dan katanya, buah berangan kampung berbeza dengan buah berangan yang dijualnya.

“Saiz buah dari China ini lebih besar dan enak dimakan kerana terasa lemak manis dan kenyang,” katanya.

Menurutnya, bagi menghasilkan aroma harum, buah berangan mentah perlu digoreng dengan pasir kasar sehingga 50 minit.

“Jika dahulu, pokoknya mudah dijumpai tetapi sekarang susah. Itu yang dorong saya bersama rakan-rakan mengimport buah ini dari China.

“Kebiasaannya pengunjung di sini, majoriti Melayu,” katanya sambil akui berangan goreng mempunyai tekstur seperti kentang bakar, lembut, manis dan berperisa kacang.-SinarHarian







berangan , Kuala Pilah

Artikel Sebelum

"Harga sama saja RM3 sebungkus"

Artikel Berikut

Jahit baju raya sampai tak tidur malam!

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata

6 polis cedera helikopter terhempas