Bangunan The Pines Akan Dibuka Semula Sebagai Pines Bazaar - Rencana | mStar

Bangunan The Pines Akan Dibuka Semula Sebagai Pines Bazaar

Lakaran pelukis bagi bangunan Pines Bazaar di Brickfields, Kuala Lumpur.
Lakaran pelukis bagi bangunan Pines Bazaar di Brickfields, Kuala Lumpur.

BAZAR‘Pines Bazaar’ yang dahulunya dikenali sebagai 'The Pines' di Brickfields akan dibuka semula untuk operasi perniagaan tidak lama lagi selepas hampir tiga tahun ianya dirobohkan untuk pembangunan semula.

Bangunan warna kuning dengan elemen binaan Moghul itu terletak di Jalan Tun Sambanthan, yang berhadapan dengan bekas ibu pejabat polis Brickfields.

Bangunan itu mempunyai daya tarikan klasik lama dan ia sepatutnya diubah suai untuk dilihat seperti bazar India.

Terdapat kubah-kubah besar dengan hiasan dinding di bahagian hadapan, dan sebahagian bangunan mempunyai balkoni dan tingkap, dinding hiasan, ‘column’ dan birai yang turut dihias dengan corak menarik.

Ia menggantikan bangunan rumah kedai lama satu tingkat yang dahulunya menempatkan premis makanan laut.

Pines Bazaar yang baru bukan hanya menawarkan pengalaman untuk menjamu selera dengan keadaan sekeliling yang lebih kondusif, bahkan ia juga mempunyai rangkaian runcit lain yang menjadi kawasan itu sebagai sebuah bazar yang menarik.

Projek itu dijangka siap pada bulan ini.

Bangunan bertingkat itu meliputi:

* Aras bawah tanah yang menempatkan 170 ruang parkir.

* 12 premis makanan di aras bawah untuk ruang makan di bahagian dalam dan berkonsepkan al-fresco.

* 16 premis runcit di aras satu atau mezanin.

* Ruang pejabat di aras dua, terletak berasingan di kawasan membeli-belah.

Ia mempunyai dua lif dan satu tangga dan dua laluan keselamatan sekiranya berlaku kebakaran yang terletak di hujung bangunan.

Ruang aras bawah yang terbuka dan dinding bangunan aras pertama yang menghadap jalan utama dengan sengkuap lut cahaya membolehkan cahaya matahari memasuki ke dalam plaza secara semulajadi, sekali gus mengurangkan penggunaan lampu terutamanya pada waktu siang.

Bazar ini akan lebih menarik dapat dilihat oleh para pelanggan dan mereka yang melalui kawasan itu apabila kesemua lampu dipasang pada waktu malam, serta menjadi fokus kepada pembangunan semula Little India di Brickfields.

Artikel Sebelum

Timbunan Sampah Cemari Tebing Sungai Klang

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain