Timbunan Sampah Cemari Tebing Sungai Klang - Rencana | mStar

Timbunan Sampah Cemari Tebing Sungai Klang

Sungai Klang yang memisahkan Puchong dan Taman Medan dicemari sampah-sarap.
Sungai Klang yang memisahkan Puchong dan Taman Medan dicemari sampah-sarap.

PENDUDUK-penduduk yang tinggal dekat Sungai Klang di Puchong digemparkan dengan bau busuk setiap pagi selama setahun.

Bau busuk itu datang dari timbunan sampah yang berselerak sepanjang 500 meter di kedua-dua belah tebing sungai.

Penduduk-penduduk yang tinggal di sebuah kondominium berhampiran berkata timbunan sampah itu turut menjadi tempat pembiakan nyamuk dan mengundang kehadiran tikus.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han, beberapa pegawai dari Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan pasukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melakukan pemeriksaan ke tapak tersebut.

"Kami menerima banyak aduan mengenai pembuangan sampah-sarap secara haram dan pembakaran terbuka di sini," kata Ng.

Ketika tinjauan itu, mereka terpaksa berjalan kaki memasuki kawasan itu kerana boomgate telah dipasang baru-baru ini untuk menghalang kenderaan memasuki tapak tersebut.

Timbunan sampah-sarap yang terdapat disitu kebanyakannya terdiri daripada bahan buangan dari tapak pembinaan dan pejabat.

Ng berkata sampah-sarap itu turut dibuang ke dalam sungai.

"Kita perlu mengambil tindakan dengan segera. Tebing sungai yang satu lagi adalah dibawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)," katanya.

Gobind berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap individu yang membuang bahan buangan di tapak tersebut.

"Kita perlu mencari jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang supaya masalah ini boleh diselesaikan sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa harus menyiasat insiden mengenai pembakaran terbuka itu.

Artikel Sebelum

Aeon Bukan Sekadar Pasaraya

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain