Guru Jelajah Benua Afrika Dengan 'Kapcai' - Rencana | mStar

Guru Jelajah Benua Afrika Dengan 'Kapcai'

Mohammad Lasim Deraman, 47, (dua, kiri) bergambar kenangan dengan masyarakat Afrika selepas tiba di Palapye, Bostwana. Foto BERNAMA
Mohammad Lasim Deraman, 47, (dua, kiri) bergambar kenangan dengan masyarakat Afrika selepas tiba di Palapye, Bostwana. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Seorang guru membuktikan dengan semangat 'Malaysia Boleh' segalanya mungkin termasuk menjelajah benua Afrika dalam tempoh 42 hari dengan menunggang kapcai (motosikal 110cc) seorang diri.

Atas inisiatif sendiri, Mohammad Lasim Deraman, 47, memulakan perjalanan sejauh lebih 10,000 kilometer pada 15 November lepas di Cape Point iaitu kawasan paling selatan di benua Afrika, dan merentasi antaranya Tanzania, Bostwana, Zambia sebelum mengakhirinya di Mount Kenya, gunung kedua tertinggi di benua itu.

"Saya pilih benua Afrika kerana keadaan geografinya yang mencabar dengan kawasan pergunungan, danau, sungai dan gurun yang saya rasa punya rahsia tersendiri," katanya dalam sidang media, di sini Isnin.

Guru pendidikan khas di sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur itu berkata, sebelum ini beliau pernah bermotosikal menjelajah seluruh pulau Borneo serta kepulauan Indonesia.

Menceritakan pengalamannya sepanjang jelajah di benua kedua terbesar dunia itu, Mohammad Lasim berkata, antara yang membanggakannya ialah nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu dikenali oleh masyarakat di sana.

Mereka cukup gembira apabila diminta bergambar bersama bendera Malaysia, kata anak jati Kota Baharu, Kelantan itu.

Menurut Mohammad Lasim, pada awalnya beliau merancang ke tanah suci Makkah melalui Nairobi, selepas tiba di Moyale (bandar di sempadan Ethiopia dan Kenya) pada hari ke-34, namun terpaksa membatalkan hasrat kerana berlaku perang saudara di Nairobi.

"Kedutaan juga menasihatkan saya berpatah balik kerana pertempuran melibatkan pertumpahan darah dan sangat berbahaya," katanya.

Usai jelajahnya di benua Afrika, guru itu tidak terus pulang ke tanah air. Sebaliknya beliau menghantar kapcainya ke Thailand dan mengambil keputusan menjelajah negara Gajah Putih berkenaan yang dicapainya dalam tempoh tiga hari.

Beliau kemudian menunggang ke selatan Thai dan memasuki negara ini pada 26 Disember lalu menerusi Bukit Kayu Hitam sebelum ke sini untuk bertemu rakan-rakan.

Ditanya mengenai tip bagi yang berminat mengembara dengan kapcai, Mohammad Lasim berkata, seseorang perlu tahu penyelenggaraan asas motosikal seperti menampal tayar sebelum berbuat demikian.

Mengembara dengan kapcai ini suatu yang menarik kerana selain kos yang rendah juga memberi peluang kita berinteraksi dengan masyarakat setempat, katanya yang seronok dapat melihat kehidupan pelbagai etnik di Afrika termasuk etnik Zulu yang masih mengekalkan tradisi mereka termasuk tinggal di dalam pondok jerami. - BERNAMA

Artikel Berikut

Jubli Emas: TV Malaysia Pamer Kematangan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain