suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Yakin Pembangkang Tawan Putrajaya

SUNGAI PETANI: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pembangkang berupaya mencapai kemenangan besar dan sekaligus berjaya mengambil alih Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad ini.

Katanya Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan berdasarkan sokongan rakyat terhadap mereka.

"Hingga sekarang kami sudah lakukan sesuatu yang sangat baik, jika tiada sabotaj atau penipuan...insya-Allah (boleh ambil alih Putrajaya)," katanya ketika ditemui selepas berucap pada ceramah di Jalan Boria di sini, Jumaat malam.

Ditanya mengenai peluang pembangkang untuk menang di peringkat negeri, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi menyatakan keyakinannya untuk menang.

"Kita sangat yakin, kita lebih kuat sekarang...sangat kuat. Saya sangat yakin," katanya ringkas.

Bagaimanapun Anwar tidak menyatakan negeri mana yang beliau yakin akan jatuh ke tangan pembangkang

Artikel Lain