suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nik Aziz Pertahan DUN Chempaka

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS di sini, Selasa.

"Ya ... (beliau) kekal, kawasan dia memang Cempaka," katanya, ketika diminta mengulas kedudukan Nik Aziz dalam Pilihan Raya 2013 kali ini.

Nik Aziz, 82, dijangka akan kekal sebagai menteri besar sekiranya pembangkang berjaya mengekalkan penguasaan mereka di Kelantan.

Selain Nik Aziz, turut kekal di kawasan masing-masing adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena.

Artikel Lain