suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembangkang Siap Sedia Hadapi PRU-13

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang berkata mereka sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berikutan pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata PAS telah bersiap sedia menghadapi pembubaran sejak dua tahun lepas.

"Senarai calon telah 100 peratus siap dan kebanyakkannya muka baru," katanya sambil menegaskan pengumuman calon akan dibuat dalam tempoh dua tiga hari lagi oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua berkata perkara itu amat ditunggu-tunggu mereka sejak sekian lama.

"Buat masa ini kita menunggu Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang dikuasai kita untuk dapat perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing," katanya.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata pembubaran sudah dijangka dan senarai nama calon partinya akan dikemas kini dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pembangkang menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. BERNAMA

Artikel Lain