RM94 Ribu Menanti Pemenang 'Rekacipta Kandungan Kreatif Digital 2017' - Kampus | mStar

RM94 Ribu Menanti Pemenang 'Rekacipta Kandungan Kreatif Digital 2017'

Dari kiri: Jurey Latiff, Fauzi Ayub dan Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq ketika membincangkan kerjasama pertandingan Reka Cipta Kandungan Kreatif Digital 2017.

AMPANG: Universiti Multimedia (MMU) dengan kerjasama Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) menawarkan hadiah sehingga RM94,000 untuk para pelajar sekolah dan universiti menyertai pemenang 'Pertandingan Rekacipta Kandungan Kreatif Digital (DC3) 2017'. 

Pertandingan ini bertujuan memberi inspirasi kepada jurutera imaginasi dalam menyumbang kebolehan mereka kepada wawasan dan pembangunan negara. 

Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq berkata, kerjasama strategik untuk pertandingan seperti ini adalah tepat pada masanya bagi memupuk lebih banyak bakat kreatif untuk disumbangkan kepada negara. 

"Pertandingan ini merupakan platform terbaik untuk semua lapisan karyawan seni berkongsi idea, aspirasi, kisah dan cerita mengikut kreativiti sendiri berteraskan inisiatif menyokong pelan Transformasi Nasional 50 (TN50)," katanya kepada mStar Online. 

Tambahnya lagi, pertandingan yang dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian ini memerlukan peserta memuat naik karya mereka beserta butiran diri di portal DC3 Competition 2017 sebelum 6 Ogos depan. 

Jurey Latiff (dari kiri) bersama Fauzi Ayub dan Ahmad Rafi Mohamed Eshaq akan terus menjalinkan lebih kerjasama selepas ini.

Mengetengahkan tema 'Menjurutera Imaginasi Aspirasi TN50', penyertaan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu fotografi, manipulasi imej digital, multimedia kreatif (reka bentuk media baharu/ aplikasi multimedia) dan video digital. 

Sementara itu, Pengerusi CCIG iaitu Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, selain berkongsi aspirasi, CCIG dan MMU sentiasa bekerjasama dalam pelbagai aspek. 

"Saya sangat gembira kerana kedua-dua pihak saling berinovasi ke arah merealisasikan rancangan 30 tahun TN50 selain berasa bangga kerana dapat berkolaborasi dengan universiti ternama seperti MMU," katanya. 

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Fauzi Ayub yang menyempurnakan majlis pelancaran Pertandingan Rekacipta Kandungan Kreatif Digital 2017. 

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut  mengenai pertandingan ini, boleh layari https://dc3awards.com

 

CCIG , Reka Cipta

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain