USIM & Polis Anjur Seminar Rawatan, Pencegahan Dadah

Pihak polis antara pasukan keselamatan yang bekerja keras dalam usaha menanggani masalah pengedaran dadah yang semakin berleluasa. Gambar sekadar hiasan.
PETALING JAYA: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurkan seminar antarabangsa pencegahan dan rawatan pemulihan dadah 2016 (PREVENT 2016) selama dua hari bermula 26 Oktober ini.

Pengarah, Asian Centre Research on Drug Abuse (ACREDA) USIM, Dr Mohamad Isa Amat, berkata seminar yang bertemakan Smart partnership with drug prevention, treatment and rehabilitation in the new millenium ini melibatkan semua pihak termasuk agensi pemulihan dan rawatan pencegahan dadah, pelajar universiti, pusat rawatan alternatif, badan kerajaan dan orang awam.

"Saya berharap penganjuran PREVENT 2016 buat julung kalinya anjuran USIM dan pihak polis dapat memberikan input menyeluruh berkaitan penyalahgunaan dadah agar dapat menyedarkan masyarakat dalam usaha menentang musuh nombor satu negara ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online.

Tambah beliau, program itu juga merupakan platform untuk menggerakkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dalam usaha meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi membasmi dadah yang semakin menular terutamanya kepada generasi muda,” katanya.

Antara ahli panel yang akan berkongsi pandangan dalam seminar berkenaan ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Halim Husin dan Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi.

Program yang akan diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain