UPM Teruskan Legasi Kecemerlangan Pertanian

Mohd Fauzi (tengah) bersama sebahagian graduan yang akan menerima hadiah pingat emas pada majlis kovokesyen UPM ke-39.

PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) terus menjadi peneraju pendidikan pertanian negara apabila bakal melahirkan seramai 6,944 graduan baharu pada istiadat konvokesyennya bermula Sabtu ini.

Daripada jumlah itu seramai 465 bakal menerima ijazah doktor falsafah (PhD), 1,815 penerima ijazah sarjana, ijazah sarjana muda (4,234) dan diploma (430).

Konvokesyen yang bertemakan ‘Mendepani Pertanian’ sesuai dengan status dan pencapaian cemerlang UPM dalam melonjakkan bidang pertanian negara akan berlangsung bermula 31 Oktober hingga 3 November depan.

Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata, sejak awal penubuhannya pada Mei 1931, universiti itu menerima pelbagai pengiktirafan termasuk di peringkat antarabangsa.

Terbaharu, UPM memperbaharui kedudukannya apabila subjek Sains Pertanian disenaraikan pada ranking ke-45 terbaik dunia dalam Best Global Universities Ranking 2016 yang dikeluarkan oleh U.S.News & World Report pada awal bulan lalu.

Kedudukan penarafan subjek Sains Pertanian itu meningkat sembilan anak tangga kepada berbanding kedudukan ke-54 di dunia pada 2014.

"Komitmen, semangat dan dedikasi komuniti UPM dalam memperkasakan bidang pertanian telah diiktiraf oleh penarafan global dan sekali gus membuktikan kebitaraan UPM dalam bidang Sains Pertanian.

"Kami berasa bangga atas pencapaian cemerlang ini kerana kesungguhan dan komitmen memartabatkan ilmu bidang tersebut meletakkan universiti kami antara terbaik di dunia,” katanya.

Universiti Putra Malaysia, UPM

Artikel Berikut

UniMAP: Kecil-Kecil Cili Padi

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain