suria

UTHM Dan UGM Perkukuh Hubungan Menerusi Kebudayaan

Ketua Delegasi UGM, Profesor Dr Suratman (kanan) menyerahkan alat muzik Angklung kepada Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin sebagai simbolik kepada hubungan yang dijalinkan menerusi kebudayaan.

BATU PAHAT: Universitas Gadjah Mada (UGM) Indonesia menjadikan kebudayaan sebagai pengukuh hubungan dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ketika dalam sesi lawatan selama empat hari ke kampus UTHM di sini pada 10 hingga 13 November lalu.

Kunjungan delegasi yang diwakili oleh kumpulan isteri-isteri pegawai UGM atau dikenali sebagai Dermawan merupakan simbolik dalam mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua Universiti.

Dalam lawatan tersebut, Dermawan turut mengadakan persembahan tarian Angklung pada Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen UTHM kali ke-14 (Feskon2014).

Sebagai simbolik kepada lawatan dan hubungan tersebut Ketua Delegasi UGM, Profesor Dr Suratman menghadiahkan alat muzik Angklung kepada Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Sepanjang berada di UTHM, Dermawan turut meluangkan masa melatih mahasiswa melakukan persembahan Angklung.

Selain itu, delegasi berkenaan juga mengadakan pelbagai aktiviti seperti Bengkel Tarian, Bengkel Alat Muzik Angklung serta Bengkel Kursus Kerja Nyata (KKN).

Bengkel-bengkel tersebut mendapat penyertaan daripada mhasiswa kokurikulum kursus Senitari Tradisi dan Kreatif, Muzik Moden dan Khidmat Komuniti.

Dr Mohd Noh turut melahirkan terima kasihnya kepada delegasi UGM kerana memilih UTHM sebagai destinasi untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan.

Beliau dalam ucapannya berharap kunjungan ini akan disusuli dengan pelbagai program yang dirancang secara bersama, demi mengeratkan lagi hubungan antara universiti berkenaan.

UTHM, UGM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain