suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UMT Meterai Perjanjian Dengan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada Selasa menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia bagi membolehkannya menjalankan lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi.

Naib Canselor UMT Prof Dr Ibrahim Komoo berkata MoU itu juga akan membolehkan program pertukaran siswazah, petugas sokongan dan pakar penyelidikan dalam beberapa bidang termasuk geologi, geofizik, proses pantai, oseanografi fizikal, kimia dan biologi.

"Ini juga akan memudahkan UMT untuk penyediaan tempat kepada pelajar menjalani latihan industri, malah melalui MoU ini juga kita boleh mempromosikan bidang geologi marin dan oseanografi kepada masyarakat," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani MoU itu.

UMT diwakili Dr Ibrahim manakala JMG diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Yunus Abdul Razak.

Ibrahim berkata UMT melalui Institut Oseanografi dan Sekitaran yang menjalankan penyelidikan khusus dalam bidang sains marin, berharap dapat menyumbang kepada hasil penyelidikan, termasuk persempadanan laut di antara negara-negara maritim.

"Begitu juga dengan kajian untuk mengenal pasti mengenai potensi sumber asli di kedalaman beberapa kilometer bawah laut, mungkin ada mineral atau logam yang boleh menjadi sumber baru kekayaan negara.

"UMT bersedia untuk melakukan penyelidikan berimpak tinggi ini asalkan mendapat kerjasama dari kerajaan kerana ia membabitkan kos pembiayaan yang sangat besar," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain

BN menang besar PRN Johor