suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UTM Terima 2,800 Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Daripada 34,000 Yang Memohon

JOHOR BAHARU: Seramai 2,800 lepasan diploma, matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi akademik 2012/2013, mulai 2 September ini.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata, daripada jumlah itu, 500 calon adalah lepasan diploma manakala 2,300 lagi lepasan matrikulasi dan STPM.

"Pihak UTM menerima 34,000 permohonan, bagaimanapun hanya 2,800 sahaja yang dipilih untuk mengikuti pengajian," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Zaini berkata, kualiti kesemua pelajar berkenaan mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif 3.71 dengan 450 daripada mereka mencapai gred penuh 4.00.

Beliau berkata, sesi kali ini juga menyaksikan 30 pelajar mengikuti kursus yang baru ditawarkan iaitu program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear.-BERNAMA

Artikel Lain