suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tokoh Akademik Britain Iktiraf Kualiti Pendidikan M'sia

KUALA LUMPUR: Pendidikan yang berkualiti tinggi di Malaysia menarik minat ramai pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di negara ini, demikian diakui Naib Canselor Antarabangsa, University of East London (UEL) Profesor John Shaw. Beliau berkata, Malaysia telah mencapai tahap sebagai hab pendidikan yang berkualiti tinggi dan hakikat ini dapat dilihat apabila begitu ramai pelajar dari seluruh dunia seperti China, Nigeria dan Kazakhstan melanjutkan pengajian di universiti dan kolej universiti di negara ini.

"Mereka ke sini kerana yakin akan mendapat pendidikan yang berkualiti tinggi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pihak UEL dengan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (Picoms) di sini, Khamis.

Pada majlis yang disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu, Picoms diwakili pengerusi eksekutifnya Datuk Mohd Zubir Sheikh Saad.

Shaw berkata, beliau gembira kerana Malaysia memberi komitmen untuk terus melabur dalam bidang pendidikan dan yakin kerjasama rapat antara Malaysia dan Britain mampu melonjakkan kemajuan bidang pendidikan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.

Mengenai MoU berkenaan, Shaw berkata UEL memilih Picoms kerana rekod cemerlangnya sebagai penyedia pendidikan bioperubatan.

Shaw, yang berpejabat di Kuala Lumpur sejak November tahun lepas, berkata selain Picoms, UEL juga mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti lain termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menubuhkan pusat kewangan Islam bersama di UiTM dan di kampus UEL di Timur London.

Ahli akademik itu berkata, beliau tidak sabar menunggu kedatangan pelajar Britain untuk melanjutkn pengajian di sini melalui program berkembar.

UEL mempunyai lebih 28,000 pelajar, 3,500 daripada mereka rakyat Malaysia, katanya.

Artikel Lain