suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Program Perubatan Asli Pertama Dilancar Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Satu program diploma eksekutif dalam perubatan asli yang diusahakan bersama antara institusi Malaysia dan Taiwan akan dilancarkan pada tahun depan.

Ia merupakan program pertama yang dimaju dan dijalankan bersama dalam bidang perubatan asli oleh Institut Pembangunan Universiti Terbuka Malaysia (IPD-OUM))Akademi Kesihatan Integratif (IHA) dan Pertubuhan Pendidikan Perubatan Asli Taiwan (TNMO).

Pengarah IHA Dr Cyril Gunapala berkata progarm itu diajar dalam bahasa Mandarin dan ditawarkan pada peringkat diploma dan sijil.

"Bagaimanapun, program lain yang akan terbabit pada masa akan datang dan mata pelajaran diajar dalam dwibahasa, Inggeris dan Mandarin," kata Dr Gunapala selepas 15 anggota jawatankuasa TNMO melawat universiti itu di sini Isnin. Jawatankuasa itu yang diketuai Prof Yung-Ching Ho, melakukan lawatan ke universiti berkenaan untuk mengadakan perbincangan susulan mengenai program tersebut.

Perubatan asli adalah satu cara terapi termasuk perubatan herbal, homeopati, dan perubatan tradisional Cina yang kian popular.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Pendidikan Perubatan Asli Malaysia (MANME) Prof Dr Y.S. Cheng. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain