suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UMT Hasilkan Ikan Talapia Air Masin

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya menghasilkan ikan talapia air masin.

Pengarah Institut Akuakultur Tropika UMT Prof Dr Faizah Shaharom berkata kejayaan itu dicapai setelah lebih dua tahun menjalankan kajian.

"Ikan talapia masin mempunyai rasa seperti ikan laut dan tidak berbau tanah seperti ikan talapia air tawar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, ikan talapia air masin dibesarkan dalam air laut.

Beliau berkata, UMT bercadang menjalankan projek itu secara besar-besaran tidak lama lagi.

Dr Faezah berkata, pihaknya mempelawa syarikat yang berminat untuk melaksanakan projek itu dan sekaligus mengkomersilkannya.

Katanya, UMT juga boleh mengembangkan projek itu dalam kalangan masyarakat sekiranya ada permintaan.

Beliau berkata, ikan talapia mempunyai potensi tinggi untuk diketengahkan memandangkan permintaannya yang sangat menggalakkan.

Dr Faezah berkata, pihaknya juga menjalankan penyelidikan ikan kelah dan akuaponik. - BERNAMA

Artikel Lain