suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UMT Bina Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar Di Tasik Kenyir

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan membina sebuah pusat penyelidikan ikan air tawar berharga kira-kira RM15 juta di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu tidak lama lagi.

Naib Canselornya Prof Dr Aziz Deraman berkata, langkah itu sebagai membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam sektor perikanan di negeri ini.

"Kerja-kerja awal projek itu dijangka bermula Julai ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kursus ternakan ikan air tawar untuk Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Cawangan Terengganu (Pertis) di sini hari ini.

Aziz berkata, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyediakan kawasan seluas 20 hektar di kawasan muara Sungai Sepetang kepada UMT untuk tujuan itu.

Beliau berkata, pembangunan pusat penyelidikan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan peringkat pertama dimulakan dengan pembinaan kemudahan asas.

UMT juga mungkin akan membina sangkar-sangkar ikan untuk tujuan penyelidikan dan pengajian di kawasan berkenaan, katanya.

Beliau berkata, UMT akan memberikan fokus kepada penyelidikan penyakit ikan dan menerusi penyelidikan itu, pihaknya mungkin akan menghasilkan ubat-ubat untuk penyakit ikan. - BERNAMA

Artikel Lain