suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

USM Cipta Perisian Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak OKU

PULAU PINANG: Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta perisian khas untuk pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak kurang upaya (OKU).

Pendidikan dalam talian itu yang dikenali sebagai 'ePKhas' akan membantu kanak-kanak OKU antara lain untuk membaca, mengeja dan mengenal huruf menerusi visual grafik, animasi dan imej gambar.

Program ini yang dicipta oleh penyelidik Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Prof Madya Lee Lay Wah juga adalah untuk kemudahan para pendidik kanak-kanak golongan tersebut.

Beliau berkata, ia dicipta dalam tempoh satu tahun yang boleh dilayari secara percuma menerusi http://epkhas.ses.usm.my.

Ciptaan ini telah memenangi Anugerah Pingat Emas di Pertandingan Penyelidikan Nusantara 2009 dan Anugerah Pingat Perak di Ekspo Teknologi Malaysia 2010 baru-baru ini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain