suria

Cabaran Paintball UiTM Xlink 2010

SHAH ALAM: Pendatang baru dan pemain paintball tegar berpeluang menyertai kejohanan Cabaran Paintball UiTM Xlink 2010 yang akan berlangsung di Taman Botani Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam di sini pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), setiap pakej permainan bagi seorang ialah RM100 termasuk makan tengah hari dan bayaran masuk ke taman pertanian itu.

Bayaran boleh dibuat terus ke akaun Persatuan Alumni UiTM Malaysia, CIMB: 121 400 005 601 04 atau CIMB Clicks: 120 500 008 421 02 dan fakskan slip bayaran ke 03-5548-0091 (Amy).

Bayaran juga boleh dibuat di tempat letak kereta taman pertanian itu pada hari pertandingan. Borang penyertaan juga boleh dimuat turun menerusi uitmxlinkpaintball.weebly.com .

Peserta pertandingan juga dibenarkan membawa ahli keluarga masing-masing ke pesta yang akan dijadikan sebagai acara tahunan persatuan itu.

Pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan seperti galeri menembak, karaoke, gerai jualan dan sebagainya. Pendaftaran keahlian alumni juga akan dibuka kepada bekas-bekas pelajar.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Norina Aziz (013-2286992), Encik Waridi (012-2943405) atau pejabat PAUiTM 03-55420091.

Artikel Lain