suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

USM Lancar Buku Sulalat Alsalatin Tulisan Tun Sri Lanang

PULAU PINANG: Buku Sulalat Al-Salatin yang ditulis Tun Seri Lanang perlu dijadikan bahan rujukan merentasi sempadan bangsa dan negara terutama di kalangan akademik, kata Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Prof Dzulkifli Abduk Razak.

Katanya ia berikutan buku Sulalat Al- Salatin atau sejarah Melayu yang merupakan karya besar itu telah merakam pelbagai sejarah bangsa Nusantara seperti Melayu, Brunei, Patani dan Campa.

"Penulisan Tun Seri Lanang itu telah dikongsi oleh semua negara di Asia Tenggara dan beliau tersohor sebagai seorang pujangga serta negarawan yang banyak menyumbang menerusi penulisannya.

"Buku itu juga merupakan satu sumber terkaya dan terlengkap dengan sejarah bangsa Nusantara yang tiada bandingannya," katanya semasa merasmikan Buku Sulalat Al-Salatin yang dikaji dan diperkenalkan semula oleh Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa USM, Prof Muhammad Salleh.

Sementara itu Muhammad berkata karya sastera berkenaan lengkap dengan imaginasi, lukisan, humor dan kisah cinta serta salasilah raja-raja yang terus kekal dalam ingatan masyarakat di Nusantara.

"Saya harap ia dapat diterima dengan mudah kerana karya ini mempunyai nilai-nilai kenegaraan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain