suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Puluh Karya Seni Pelajar Terbaik STPM Dipamerkan Di UPSI

KUALA LUMPUR: Lima puluh hasil karya seni pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam matapelajaran tersebut akan dipamerkan di Galeri Seni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, bulan ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, hasil kerja seni itu adalah dalam pelbagai medium iaitu batik, jahitan, seramik, lukisan dan senireka.

Program hasil usahasama Majlis Pendidikan Malaysia dan UPSI itu, bertujuan untuk mengenegahkan hasil karya seni yang berpotensi untuk dikembangkan dan mempunyai nilai yang tinggi untuk masa depan karya seni negara.

Ia juga untuk mengalakkan para pelajar STPM supaya terus berkarya dan mengambil matapelajaran seni sebagai satu pilihan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi sekretariat program di 03-6136 9663 samb 2614/2608/2702 atau 05-450 6702/012-931 0431.

Artikel Berikut

Artikel Lain