suria

Empat Politeknik Metro Mula Hujung Tahun Ini

JOHOR BARU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mewujudkan 14 politeknik metro di seluruh negara yang akan mengkhusus dalam bidang hospitaliti, multimedia dan juga ICT.

Kesemua program itu adalah program diploma.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program-program itu adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan di sektor perkhidmatan yang semakin meningkat sekarang.

Tambah beliau, empat buah politeknik metro akan dibina menjelang hujung tahun ini sementara baki yang lain pada tahun hadapan.

"Kerajaan dapati, sektor perkhidmatan berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun ini dan dengan wujudnya politeknik yang mengkhusus dalam menawarkan kursus-kursus berasaskan perkhidmatan ini, kerajaan berharap kita akan dapat memenuhi permintaan yang tinggi dalam bidang ini," ujarnya.

Khaled berkata demikian kepada para pemberita selepas melancarkan Klinik 1Malaysia di Taman Megah Ria di sini semalam.

Beliau juga berkata, politeknik metro akan turut menawarkan kursus-kursus untuk mereka yang sedang bekerja menerusi konsep pendidikan jarak jauh, virtual dan juga kursus sepenuh masa untuk mereka yang bekerja.

Buat permulaan, katanya, sebanyak 1,200 tempat akan ditawarkan untuk empat buah politeknik metro tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain