suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Jadi Kera Sumbang Di Kolej Kediaman, Titah Raja Muda Perlis

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta penghuni kolej kediaman di institusi pengajian tinggi (IPT) agar memanfaatkan peluang itu untuk mewujudkan rangkaian perhubungan.

Baginda bertitah kegagalan berbuat demikian dan memilih untuk hidup sendiri serta tidak mempunyai ramai kawan akan menyebabkan pelajar itu menjadi 'kera sumbang'.

"Ia sepatutnya dilihat sebagai pusat lanjutan atau kesinambungan daripada proses pembelajaran yang diterima di fakulti," titah baginda semasa melancarkan penamaan semula kolej kediaman Universiti Teknologi Mara UiTM) Perlis, di sini malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah kehidupan di kolej kediaman akan memberi kesan dan pengaruh besar dalam pembentukan peribadi mahasiswa kerana suasananya merangkumi aspek pentadbiran, kebajikan, kemudahan, kesedaran politik dan pembentukan modal insan.

Justeru jangan jadikan kolej kediaman sebagai tempat makan, tidur atau berehat semata-mata, titah baginda yang turut meminta penghuni agar tidak memilih kaum untuk menjalinkan rangkaian perhubungan.

Sebelum ini 14 blok kolej kediaman UiTM Perlis yang menampung lebih 7,000 pelajar itu mempunyai pelbagai nama, namun penamaan semula menyaksikan ianya dikenali sebagai Kompleks Cengal bagi kediaman siswa, dan Kompleks Dahlia serta Kesinai bagi kediaman siswi.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatuh Shahreen Akashah. - BERNAMA

Artikel Lain