suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rosmah Kekal Canselor UNISEL Sehingga Hujung Tahun Ini - MB Selangor

SHAH ALAM: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih kekal sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Masih...masih...masih sehingga hujung tahun ini" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman berita web, Malaysiakini, yang memetik Exco Kerajaan Negeri Dr Xavier Jayakumar sebagai berkata bahawa Rosmah tidak akan dilantik semula sebagai canselor selepas tempoh lantikannya tamat Jun ini.

Jayakumar berkata kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tetapi perkara itu telah dibincangkan dengan Menteri Besar secara tidak rasmi.

Abdul Khalid berkata sama ada Rosmah akan dilantik semula atau tidak sebagai canselor universiti milik kerajaan negeri itu, bergantung kepada keputusan lembaga pengarah universiti itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

UPM Cipta Mesin Nanas 3 Dalam 1

Artikel Lain