suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UniMAP Menang Dua Emas Di MTE 2010

KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merangkul dua pingat emas, lapan perak dan 12 gangsa pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE2010) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan UniMAP hari ini, dua pingat emas yang dimenangi universiti itu adalah bagi produk ciptaan Prof Dr Ismail Daut yang bertajuk "Photovoltaic and Wind Power Hybrid System using Smart Relay" dan produk ciptaan Rosnazri Ali bertajuk 'Universal Power Switching Generator".

"Prof Ismail dan Rosnazri merupakan pensyarah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik UniMAP," kata kenyataan itu.

UniMAP katanya, telah menghantar 27 produk penyelidikan ke ekspo itu.

"MTE2010 menampilkan 486 produk penyelidikan dari 65 peserta termasuk agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sekolah dari dalam dan luar negara termasuk Croatia, Korea Selatan, Poland, Singapura dan Sepanyol," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain