suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerabu ayam

MAHU salad ayam paling menyihatkan? Hanya dengan bahagian dada ayam yang digaulkan dengan beras goreng, sudah cukup untuk menjadi pembuka selera untuk dijadikan pelengkap juadah berbuka puasa.

Bahan-bahan: 

Dada ayam
Sos Ikan   
Gula    
Limau nipis   
Bawang merah   
Daun bawang
Daun pudina
Beras goreng
Emping cili

Cara-cara: 

1. Goreng beras sehingga warna keperangan terlebih dahulu. Kemudian tumbuk kasar.

2. Cincang dada ayam sehingga halus, Masukkan sos ikan dan gula. Rebus lebih kurang 7 minit sehingga masak.

3. Dalam satu bekas, masukkan ayam yang sudah direbus.

4. Masukkan jus limau nipis, bawang merah dan daun bawang yang di potong halus. Gaul
sehingga rata.

5. Masukkan pudina, beras goreng dan lada kering.

6. Gaul semua bahan sehingga rata.

Resipi ini disediakan oleh Chef Adamdidam.

kerabu ayam

Artikel Sebelum

Belgium Cookies

Artikel Berikut

Rendang ayam

Artikel Lain