suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerabu sosej cendawan

KERABU sosej cendawan mudah disediakan dan mampu membangkitkan selera kerana kaya dengan pelbagai rasa pedas, manis, masam dan masin. Hidangan yang sempurna untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Bahan-bahan: 

Sosej   
Cendawan   
Gula   
Garam   
Limau nipis   
Sos sriracha   
Cili padi   
Telur puyuh   
Bawang besar   
Daun bawang  
Daun sup

Cara-cara: 

1. Rebus sosej dan cendawan terlebih dahulu. Potong nipis semua bahan termasuk sosej dan cendawan yang telah direbus. 

2. Dalam satu bekas, sediakan sos. Masukkan gula, garam, jus limau nipis, cili padi dan sos sriracha. Kacau sehingga sebati. 

3. Dalam bekas yang lain, masukkan sosej, cendawan, bawang besar, daun sup dan daun bawang. 

4. Campurkan sos yang telah disediakan kedalam bekas yang berisi sosej dan cendawan. 

5. Gaul semua bahan sehingga rata. 

6. Hiaskan hidangan dengan telur puyuh yang telah direbus. 

Resipi ini disediakan oleh Chef Adamdidam.

Kerabu sosej cendawan

Artikel Sebelum

Lamb Saagwala

Artikel Berikut

Artikel Lain