suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sambal cili ikan bilis petai

INGIN menu yang ringkas dan mudah disediakan, apa kata cuba resipi sambal cili ikan bili petai. Sudah tentu hidangan ini dapat membuka selera anda lebih-lebih apabila dimakan bersama nasi panas dan telur goreng bersama kicap.

Bahan-bahan:

- ikan bilis 300g

- petai 2 papan

- bawang besar sebiji (dihiris)

- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)

- cili merah sebiji (ditumbuk)

- cili padi 20 biji (ditumbuk)

- garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.

2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.

3. Masukkan garam, gaul sebati.

4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

*Kredit: Mar Tini Rempah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ketupat sotong

Artikel Lain