suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayam Pedas Bersari Madu

BERASASKAN ayam dan ditambah pula dengan madu sebagai penyeri dan penyedap masakan, tentunya tetamu akan tertanya-tanya bagaimana untuk menyediakan hidangan ini.


Bahan:


1 ekor ayam - diperap dengan 1/2 inci halia tumbuk dan 1 sudu besar madu

3 labu bawang merah - dihiris

3 labu bawang putih - dihiris

1 sudu kecil serbuk kari 

2 mangkuk santan pekat

10 tangkai cili kering - dikisar

1 sudu besar kicap

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

garam dan gula secukupnya

1/2 inci halia ditumbuk

1 sudu besar madu

Cara:

Ayam yang diperap dipanggang sampai masak. Sementara itu, panaskan kuali dan tuangkan minyak secukupnya. 

Tumis bawang hiris sampai wangi, masukkan pula cili kisar. Setelah cili garing, masukkan santan, sos tiram, sos tomato, madu, halia tumbuk, garam dan gula. Masak sampai pekat. 

Curahkan ke atas ayam yang dipanggang tadi.
ayam pedas bersari madu

Artikel Sebelum

Puding Trifle

Artikel Berikut

Makaroni Bakar

Artikel Lain