Makaroni Bakar - Jamu Selera | mStar

Makaroni Bakar

Makaroni Bakar
MASAKAN barat kini bukan lagi asing, apatah lagi bila bahannya diolah mengikut citarasa tempatan.

Hidangan makaroni bakar misalnya bukannya menu yang wajib ada di bazar Ramadan. Bagi yang menggemarinya, juadah yang sering dihidangkan di restoran bertaraf lima bintang ini boleh menjadi  juadah berbuka puasa bersama mereka yang tersayang.


Makaroni Bakar 

Bahan:
2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut)
500 gm daging kisar(cincang)
3 sudu rempah kari
5 biji bawang merah (dikisar)
3 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu lada hitam (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 tin cendawan butang (dihiris)
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
1 tin susu cair dicampur dengan 1 tin air
sedikit daun bawang/sup (pilihan)
sedikit bawang goreng
4 biji telur - dipukul
Garam secukupnya
Sedikit parutan mozarella/cheddar cheese

Cara:
Tumis bahan yang ditumbuk bersama rempah hingga naik bau. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dengan garam. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng, kemudian dimasak sekejap.
Makaroni yang direbus ditoskan, kemudian masukkan dalam bekas yang bersih. Masukkan bahan daging yang dimasak ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata. Tambah cheeddar cheese yang diparut sebelum dimasukkan ke loyang pembakar.
Seterusnya, tuang telur atas makaroni, tabur mozerella, daun sup/bawang dan bawang goreng.
Bakar adunan ini selama 40 minit dengan suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.
Makaroni Bakar

Artikel Sebelum

Puding Buah-Buahan Kastard

Artikel Berikut

Ayam Masak Kurma

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain